BEKAS presiden Korea Selatan Lee Myung-bak akan merayu keputusan mahkamah minggu lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana rasuah, kata peguamnya.
Lee didapati bersalah kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa—menjadikan bekas pemimpin terbaru yang dikenakan hukuman penjara selepas meletakkan jawatan.
Ahli politik konservatif yang menerajui Hyundai Construction sebelum pilihan raya presidennya, diarahkan membayar denda 13 bilion won (AS$11.5 juta) secara berasingan oleh Mahkamah Wilayah Tengah Seoul.
Mahkamah mendapati Lee, 76, yang merupakan pemilik DAS—syarikat alat ganti kenderaan kontroversi yang didakwa oleh Lee milik abangnya—yang digunakan oleh beliau untuk membuat dana haram sekitar 24 bilion won.
Lee juga didapati bersalah kerana menerima hampir enam juta won dari Samsung Electronics sebagai balasan pengampunan presiden untuk pengerusinya, yang menerima penggantungan hukuman penjara kerana mengelakkan cukai.
“Lee memutuskan untuk membuat rayuan ke atas semua sabitan yang diumumkan pada pusingan pertama perbicaraan,” kata peguam Lee, Kang Hoon kepada agensi berita Yonhap pada Jumaat. – AFP, 12 Oktober, 2018
Komen