Gempa bumi 5.3 magnitud gegar Chiba, Jepun


Gegaran berpusat di timur laut wilayah Chiba pada 35.7 darjah utara dan 140.7 darjah timur dengan kedalaman 50 kilometer. – Gambar AFP, 12 Oktober, 2018.

GEMPA bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Chiba, Jepun pada 1.15 petang (waktu tempatan), menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Jumaat.

Gegaran berpusat di timur laut wilayah Chiba pada 35.7 darjah utara dan 140.7 darjah timur dengan kedalaman 50 kilometer, lapor agensi berita Xinhua.

Empat kawasan di wilayah Chiba dan dua di Tokyo merekodkan bacaan tujuh pada skala intensiti seismik.

Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama, 12 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen