Pihak Berkuasa Palestin kurangkan permit rawatan untuk penduduk Gaza


Penduduk Gaza perlu mendapatkan permit dan bantuan kewangan Pihak Berkuasa Palestin sebelum memohon permit Israel untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar Tebing Gaza. – Gambar EPA, 10 Ogos, 2017.

PIHAK Berkuasa Palestin mengurangkan sokongan kewangan secara drastik kepada penduduk Gaza yang mahu mendapatkan rawatan perubatan di luar Tebing Gaza, kata WHO semalam ketika Presiden Mahmud Abbas berusaha untuk mengekang penempatan yang dikuasai Hama situ.

Jumlah permohonan bantuan yang diluluskan sejak Jun adalah 80% lebih rendah berbanding purata bulanan pada 2016, kata WHO dalam satu kenyataan.

Hanya 477 penduduk Gaza diberikan kelulusan dan bantuan kewangan untuk pergi mendapatkan rawatan sepanjang bulan itu, jatuh berbanding 1,883 pada Jun tahun lepas.

Pihak Berkuasa Palestin secara rasminya menafikan wujudnya perubahan dasar, tetapi Abbas dikatakan sedang berusaha untuk menekan pemerintahan Hamas di Gaza melalui beberapa tindakan termasuklah mengurangkan bayaran elektrik.

“Kami akan secara perlahan-lahan akan menghentikan peruntukan kewangan kepada Tebing Gaza sehingga Hamas bersetuju untuk berdamai,” katanya hujung minggu lepas.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, pegawai kesihatan di Gaza, Medhat Muhesan mengecam “tindakan menekan” itu.

“ Kami memerlukan badan antarabangsa untuk menekan kerajaan Abbas supaya menghentikan tindakan menekan Gaza ini,” katanya.

Hamas merampas Gaza daripada Parti Fatah pimpinan Abbas pada 2007 dan kedua-dua pihak sejak itu sering bertelingkah.

Penduduk Gaza yang mahu mendapatkan rawatan kesihatan di luar Tebing Gaza perlu memohon kelulusan Pihak Berkuasa Palestin untuk mendapatkan bantuan kewangan, sebelum memohon permit Israel.

Kemiskinan turut merebak di kawasan itu, dan kadar pengangguran mencecah 42%, diburukkan lagi dengan rawatan perubatan yang tidak lengkap.

Bulan lepas, pegawai bantuan kemanusian PBB di Palestin memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu penjagaan kesihatan.

“Pihak Berkuasa Palestin mengambil tindakan untuk memperlahankan akses rawatan kesihatan,” kata Robert Piper kepada AFP.

“Tindakan seperti ini tidak boleh diterima.” – AFP, 10 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen