Tentera India tembak mati ketua pejuang Kashmir


Mannan Wani sanggup meninggalkan pengajian di sebuah universiti untuk menyertai perjuangan di Kashmir. – Gambar KashmirPress, 11 Oktober, 2018.

TENTERA India hari ini menembak mati seorang ketua pejuang Kashmir yang dianggap sebagai wira dalam kalangan penduduk tempatan kerana sanggup meninggalkan pengajian di sebuah universiti untuk menjadi pejuang.

Manan Wani, 26, dan rakannya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan selama lebih 10 jam apabila pihak keselamatan mendapat maklumat dia bersembunyi di sebuah kawasan penempatan.

“Keluarga Wani telah mengenalpasti mayat dan kini berurusan untuk menuntut jenazah,” kata seorang pegawai polis yang enggan dikenali.

Sumber polis berkata Wani dan rakannya pada mulanya berjaya meloloskan diri tetapi terperangkap di sebuah kampung di kawasan Handwara, lokasi mereka dibunuh,

Wani meninggalkan pengajian program PhD di Universiti Aligarh untuk menyertai kumpulan Hizbul Mujahideen, kumpulan pejuang terbesar di Kashmir yang bergabung dengan Pakistan.

Dia menjadi watak penting dalam kumpulan itu apabila menghantar dua surat terbuka kepada media India untuk menyatakan sebab dia mengangkat senjata. – AFP, 11 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen