DUA krew roket Soyuz terselamat selepas mereka terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika berlepas menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini.
“Sistem kecemasan berfungsi dengan baik dan roket itu mendarat di Kazakhstan. Kedua-dua krew terselamat,” kata agensi angkasa Rusia, Roscosmos.
Angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Rusia Aleksey Ovchinin tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
NASA dalam kenyataan berkata pasukan mencari dan menyelamat sudah dikerah untuk membawa pulang kedua-dua krew itu. – AFP, 11 Oktober, 2018.
Komen