Tunjuk bukti Warisan beri Mykad kepada pendatang tanpa izin


Jason Santos

Ahli Parlimen Tangerang Darell Leiking menafikan Warisan memberi MyKad kepada pendatang tanpa izin di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2018.

AHLI Parlimen Tangerang Darell Leiking mencabar mereka yang mendakwa Warisan memberi kad pengenalan Malaysia kepada pendatang tanpa izin untuk membuat laporan polis.

Leiking menafikan Warisan pernah berbuat demikian dan mereka yang mempunyai bukti sebaliknya perlu membuat laporan polis dengan segera.

“Ramai orang menuduh Warisan mengeluarkan MyKad kepada pendatang tanpa izin. Tidak ada perkara seperti itu. Saya cabar mereka.

“Sekiranya kita berbuat demikian, sila tunjukkan kepada kami bukti,” katanya di Labuan hari ini.

Beliau berkata mereka yang memainkan isu ini dilihat cenderung ingin mewujudkan jurang di kalangan masyarakat KadazanDusun dan Murut di negeri ini.

Kebanjiran pendatang tanpa izin, akibat “Projek IC” yang dikatakan berlaku di Sabah - pendatang pendatang haram dari jiran Indonesia dan Filipina - menimbulkan ancaman langsung terhadap hak-hak masyarakat Bumiputera negeri itu. – 11 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen