POLIS Peru menahan pemimpin parti pembangkang yang juga anak perempuan bekas presiden Alberto Fujimori, 80, atas dakwaan penggubahan wang haram membabitkan syarikat pembinaan gergasi Brazil, Odebrecht, kata peguamnya hari ini.
Keiko Fujimori, 43, ditahan atas arahan pendakwa raya yang sedang menyiasat dakwaan sumbangan kempen pilihan raya beliau, kata peguamnya Giuliana Loza.
Pemimpin Angkatan Popular Force itu ditangkap selepas menyerahkan bukti kepada seorang hakim di pejabat pendakwa raya.
Angkatan Popular Force ialah parti terbesar dalam Kongres.
Suami Keiko menemaninya ketika perbicaraan di Lima di hadapan Hakim Richard Concepcion Carhuancho.
Loza berkata Keiko diletakkan di bawah tahanan pencegahan selama 10 hari dan menyifatkan penahanan itu sebagai tidak masuk akal serta penyalahgunaan kuasa.
Seramai 19 lagi ditangkap dalam kes yang dikaitkan dengan sumbangan kepada Angkatan Popular Force ketika kempen pilihan raya presiden Keiko pada 2011.
Beliau ditahan seminggu selepas pengampunan terhadap jenayah kemanusiaan yang disabitkan ke atas bapanya dibatalkan.
Para penyokongnya berkumpul di hadapan kompleks penjara di mana Keiko ditahan untuk membuat bantahan, sambil mengibarkan bendera Angkatan Popular Force dan pro Keiko. – AFP, 11 Oktober, 2018.
Komen