Taufan Michael ragut nyawa mangsa pertama di utara Florida 


Taufan Michael membadai pesisir perairan Florida, Amerika Syarikat menyebabkan seorang terbunuh setakat ini. – Gambar EPA, 11 Oktober, 2018

TAUFAN Michael menyebabkan seorang terbunuh di utara Florida, kata pegawai di Gadsden County di barat Tallahassee kepada AFP, mengesahkan ia sebagai kematian pertama dalam bencana itu.

“Terdapat satu kematian dalam kejadian taufan itu,” kata pegawai penerangan awam Olivia Smith dan menambah insiden itu membabitkan serpihan melibatkan pokok.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan masa kejadian itu berlaku atau memberi sebarang butiran mengenai mangsa.

Katanya situasi itu terlalu merbahaya bukan sahaja kepada masyarakat awam tetapi juga kepada petugas kecemasan. 

“Kami amat berhati-hati untuk menghantar bantuan pertama sekarang,” katanya selepas kekuatan Taufan Michael meningkat kepada Kategori 4 yang menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. – AFP, 11 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen