ANAK perempuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya selepas tujuh jam,
Beliau menafikan bahawa dirinya telah disiasat di atas kes rasuah.
Beliau berkata beliau tidak disiasat SPRM, tetapi beliau hadir hanya untuk menemani bapanya.
Beliau juga berkata bapanya akan keluar “tidak lama lagi” dari sesi soal siasat SPRM.
Ketika Nurulhidayah menafikan beliau disiasat, sumber dari SPRM pula mengatakan beliau turut disoal siasat oleh pegawai SPRM.
Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.20 pagi selepas beliau dipanggil untuk memberi kenyataan mengenai dakwaan penyelewengan dana yang melibatkan sebuah yayasan amal yang dikendalikan keluarganya.
Nurulhidayah, dan saudara tiri Zahid, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi turut hadir ketika Zahid disoal siasat pegawai SPRM, mereka juga dipercayai disoal siasat berkaitan siasatan yang sama.
Zahid sebelum ini memberikan kenyataannya kepada SPRM pada bulan Julai.
Terdahulu, Nurulhidayah menggesa bapanya supaya tetap tabah dalam menghadapi siasatan SPRM.
“Berani abah. Jangan berputus asa. Berdiri (Berani kerana benar Takut kerana salah!) Allahuakbar! Allahuakbar !! Allahuakbar !!! “, tulis beliau dalam hantaran Instagram.
Beliau juga menjelaskan mengapa ayahnya tidak mahu penyokongnya berkumpul di SPRM pagi ini.
Beliau berkata ia adalah kerana tidak mahu memberi tekanan kepada pegawai SPRM.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam sebelum ini menganjurkan satu perhimpunan menyokong Zahid tetapi membatalkannya sejurus diminta oleh Presiden Umno itu.– 10 Oktober, 2018.
Komen