PBB umum kos bencana berkaitan iklim meningkat


Taufan Michael adalah bencana cuaca terbaru yang melanda dunia selain tsunami yang melanda Indonesia baru-baru ini. – Gambar AFP , 10 Oktober, 2018.

KOS ekonomi akibat bencana berkaitan iklim mencecah ASD2.25 bilion sejak dua dekad lalu, peningkatan lebih daripada 250% berbanding 20 tahun sebelumnya, kata PBB pada Rabu.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNISDR) menyatakan, “perubahan iklim meningkatkan kekerapan peristiwa bencana cuaca yang melampau” ia termasuklah tsunami, banjir dan ribut.

Antara tahun 1978-1997, jumlah kerugian akibat bencana akibat iklim ialah ASD895 juta (780 juta euro), kata UNISDR dalam laporan Pusat Penyelidikan mengenai Epidemiologi Bencana (CRED) di Universiti Catholique de Louvain di Belgium.

Namun, antara tahun 1998-2017 angka itu mencecah ASD2.25 bilion, laporan itu turut menyenaraikan Amerika Syarikat, China, Jepun dan India sebagai negara yang mencatat kos kewangan akibat bencana yang tertinggi.

Penemuan itu diumumkan ketika taufan Michael, sebuah badai berkategori empat, melanda Pantai Teluk Florida, dalam bencana terbaru yang mengancam kemusnahan besar AS timur.

“Analisa laporan itu menjelaskan bahawa kerugian ekonomi dari peristiwa bencana cuaca yang melampau tidak dapat dibendung dan ekoran itu pembasmian kemiskinan akibat bencana di seluruh dunia sukar ditangani,” kata Wakil Khas Setiausaha Agung PBB (UNSDR) Mami Mizutori, dalam satu kenyataan.

UNISDR mengumumkan jumlah bencana cuaca antara 1998-2017 adalah sebanyak 6,600 kejadian, dengan ribut dan banjir sebagai bencana paling kerap.

Laporan itu mencatatkan jurang dalam pengumpulan data, tetapi mengatakan penemuan jelas menunjukkan pelaburan dalam pengurangan risiko bencana harus menjadi bahagian utama dalam pembuatan dasar sebagai respon terhadap bencana cuaca.– AFP, 10 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen