TAUFAN Michael semakin kuat pada Selasa ketika ia menuju ke perairan Florida, menjadi ribut Kategori 3 mampu membawa “kemusnahan” dan disifatkan sebagai yang terburuk sejak dekad lalu.
Michael membawa angin berkelajuan 120 batu sejam (195 kilometer sejam) dan kini menuju ke Florida Panhandle, iaitu kawasan jalur tanah yang terletak di Teluk Mexico.
Ia dijangka mekanda kawasan berkenaan pada Rabu, yang membawa angin kencang serta ribut yang mampu mengancam nyawa diikuti dengan hujan lebat, menurut Pusat Hurikan Negara AS (NHC) yang berpangkalan di Miami.
Bekas ketua NHC, Rick Knabb menggesa masyarakat yang tinggal di laluan Michael agar tidak membuang masa dan meninggalkan kediaman masing-masing. – AFP, 10 Oktober, 2018
Komen