JUMLAH kematian akibat gempa bumi yang melanda Haiti hujung minggu lalu meningkat kepada 17 orang, dengan hampir 350 orang cedera, kata kementerian dalam negeri pada Selasa.
Sembilan orang terbunuh di Port-de-Paix, bandar utama yang paling dekat dengan pusat gempa itu.
Tujuh lagi meninggal dunia di Gros-Morne, kira-kira 50 kilometer (30 batu) ke tenggara dan seorang terbunuh di bandar Saint-Louis du Nord, kata kementerian itu.
Kakitangan kecemasan yang ditempatkan di zon gempa itu berkata kira-kira 7,800 rumah rosak atau musnah akibat gempa berkekuatan 5.9 magnitud, menurut pihak berkuasa.
Di Haiti, negara termiskin di Amerika, tahap keselamat pembinaan bangunan seringkali diabaikan, yang menyebabkan kemusnahan dan kematian akibat gempa bumi walaupun ia bersaiz sederhana.
Port-de-Paix di Nord-Ouest, adalah bahagian paling teruk dari Haiti, dengan banyak kawasan terpencil kerana keadaan jalan raya yang teruk.
Gempa dan beberapa gempa susulan dirasai sehingga ke ibu negara Port-au-Prince, mencetuskan rasa takut di kalangan penduduk yang masih mengingati kejadian sama pada 2010 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 200,000 orang maut. – AFP, 10 Oktober, 2018.
Komen