BEKAS perdana menteri Pakistan Nawaz Sharif mengetuai himpunan protes bagi memperlihatkan sokongan dan kekuatan partinya di kota timur Lahore bersama ribuan penyokongnya, beberapa minggu selepas Mahkamah Agung membatalkan kelayakannya.
Penyokong membanjiri jalan di Islamabad, mengibarkan bendera dan melaungkan slogan politik semasa konvoi Sharif menuju ke selatan, ibu kota wilayah Punjab, di mana beliau berharap akan menarik puluhan ribu turun ke jalanan sebagai bukti sokongan dimilikinya.
“Keputusan Mahkamah Agung kerana membatalkan kelayakannya dipertikaikan, jadi rakyat tidak menerimanya,” kata penyokong Sharif, Arshad Iftikhar,pegawai kerajaan bersara kepada AFP.
Ribuan polis menutup jalan utama di ibu kota dan kawasan sekitar kerana faktor keselamatan selepas bom lori meletup di Lahore pada Isnin, mengorbankan satu nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
Sementara yang lain berbaris di jalanan menyuarakan kekecewaan dengan golongan elit ahli politik.
“Kira-kira 50% orang di sini adalah mereka yang baru saja menonton kejadian itu,” kata saksi Nazakat Ali.
“Ahli politik ini tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.”
Nawaz Sharif merupakan perdana menteri ke-15 dalam sejarah 70 tahun Pakistan – di mana separuh tempoh itu dikuasai tentera – akan digugurkan sebelum memenuhi tempoh penggalnya. – AFP, 9 Ogos, 2017.
Komen