AHMAD Zahid Hamidi menerima jika kerja-kerja amal jariahnya untuk sekolah tahfiz diklasifikasikan sebagai rasuah dan wang haram oleh pihak berkuasa.
Presiden Umno itu berkata demikian menerusi satu kenyataan yang diposkan di Facebook oleh Zapa Abdul Rahim malam tadi dan kemudian dikongsikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.
Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga bekas perdana menteri itu dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRM) untuk diambil keterangan esok pada jam 10 pagi di ibu pejabat badan anti rasuah itu di Putrajaya.
Tidak pasti mengapa SPRM ingin menyoal siasat Zahid. Ini kerana SPRM tidak membuat sebarang pengumuman berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, menurut kenyataan di Facebook itu, Zahid dipanggil berkenaan dakwaan menyalahguna dana yayasan.
“Saya hanya lakukan kerja2 amal-jariah utk membina Maahad Tahfiz bagi Hafiz2 yg sudah hafal 30 juzuk Al-Quran dari seluruh negara bagi mereka mengambil SPM dan Syahadah (Sijil) al-Hafiz serta Diploma al-Quran utk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ke universiti dalam dan luar negeri.
“Siasatan akan dibuat atas tuduhan rasuah dan AMLA terhadap dana-dana sumbangan yang terkumpul dan wang peribadi saya sendiri.
“Semua dana dalam akaun diurus oleh firma guaman sebagai akaun amanah (trust account). Saya redha dgn amal soleh saya telah diklasifikasikan sebagai memperolehi rasuah dan AMLA,” kata Zahid.
Ini bukan kali pertama Zahid dipanggil SPRM sejak Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.
Pada Julai beliau disoal siasat selama 2 hari oleh SPRM berkenaan tuduhan menyeleweng dana yayasan yang diurus oleh keluarganya.
Zahid didakwa menggunakan dana Yayasan Akal Budi sebanyak RM800,000 untuk membayar bil kad kredit beliau dan isteri. – 9 Oktober, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Z Azmyl · Ulasan