POLIS bersenjata di lapangan terbang India diarahkan untuk tidak tersenyum, dengan pihak berkuasa menyalahkan serangan keganasan Amerika Syarikat pada 2001, sebahagiannya kerana fokus berlebihan terhadap keramahan, lapor media tempatan.
Pasukan keselamatan industri tengah (CISF) yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan akan berubah dari “sistem senyum lebar” kepada “sistem senyum mencukupi”, lapor Indian Express di muka depannya.
Akhbar berbahasa Inggeris itu berkata langkah berkenaan bertujuan menjadikan CISF “lebih waspada berbanding ramah”.
“Kita tidak boleh terlebih ramah dengan penumpang kerana salah satu alasan kenapa insiden 9/11 berlaku,” kata Pengarah CISF Rajesh Ranjan dipetik sebagai berkata.
Ranjan berkata anggota CISF akan dilatih dalam analisis sikap oleh konsultan antarabangsa. – AFP, 9 Oktober, 2018.
Komen