Harimau putih bunuh penjaga zoo di Jepun


Seorang penjaga zoo di Jepun maut selepas diserang harimau putih di dalam kurungannya, semalam. – Gambar fail EPA, 9 Oktober, 2018.

SEEKOR harimau putih menyerang dan membunuh seorang penjaga zoo di dalam kurungannya di selatan Jepun, kata pihak berkuasa.

“Seorang penjaga zoo ditemui rebah di dalam sangkar, berdarah,” kata pegawai polis, menambah mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Serangan itu berlaku lewat malam semalam di Taman Zoo Hirakawa di selatan bandar Kagoshima.

Akira Furusho, 40, didapati mengalami pendarahan dari tengkuk dan pihak berkuasa percaya dia diseret oleh salah seekor daripada empat harimau putih di zoo itu.

Zoo itu berkata harimau berkenaan ditembak dengan peluru penenang selepas serangan itu, ketika pekerja penyelamat dan polis bergegas ke tempat kejadian. – AFP, 9 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen