PEMIMPIN Myanmar Aung San Suu Kyi berikrar untuk meningkatkan ketelusan dalam pengendalian krisis Rohingya oleh kerajaan yang dipimpinnya.
Ikrarnya itu diungkap ketika melancarkan pelaburan asing di Myanmar menjelang sidang kemuncal serantau di Tokyo.
Suu Kyi, yang pernah digelar sebagai juara hak asasi global, telah dilihat dilihat jatuh daripada kemasyhurannya menjuarai hak asasi akibat kegagalannya untuk menyuarakan isu Rohingya berikutan tindakan kejam terhadap pihak tentera Myanmar terhadap minoriti Rohingya Myanmar.
“Saya sedia untuk mengakui bahawa kita mempunyai cabaran terutamanya perkara berkaitan puak Rakhine dan dengan perjuangan yang kita menuju keamanan,” kata Suu Kyi dalam ucapan di hadapan usahawan Jepun, merujuk kepada negeri di barat Myanmar di mana minoriti itu tinggal .
“Kami tidak menyembunyikan fakta ini daripada rakan-rakan kami,” katanya.
Dalam ucapan sebelum sidang kemuncak di Tokyo, Suu Kyi berkata beliau sedar bahawa keamanan dan kestabilan di negaranya adalah perlu untuk menarik pelaburan asing.
“Kami memahami bahawa perdamaian, perpaduan, keharmonian, kestabilan, kedaulatan undang-undang, dan hak asasi manusia - semua ini harus dipertimbangkan apabila kita sedang mencari lebih banyak pelaburan, untuk peluang ekonomi yang lebih besar,” katanya.
“Kami ingin menjadi sangat terbuka dan telus kepada rakan-rakan kami,” katanya. “Jika anda mempunyai kebimbangan, jika anda mempunyai kebimbangan, sila bincang secara terbuka dengan kami.”
Kempen kejam pihak tentera Myanmar bermula tahun lalu menyebabkan lebih daripada 700,000 umat Islam Rohingya dari Myanmar ke negara jiran Bangladesh, di mana mereka kini tinggal di kem pelarian yang sempit.
Penyokong Suu Kyi mengatakan tangannya masih diikat oleh tentera yang masih berkuasa kerana menguasai satu perempat daripada kerusi parlimen dan tiga kementerian.
Pada hari Selasa, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang mengetuai sidang kemuncak serantau yang disertai pemimpin-pemimpin Asia Tenggara. - AFP, 8 Oktober, 2018.
Komen