Doktor bersalah tetapi tidak disabitkan hukuman dalam kes 'curi bayi'


Ines Madrigal diambil ketika masih bayi oleh seorang doktor sakit puan Eduardo Vela.– Gambar AFP, 8 Oktober, 2018.

MAHKAMAH Sepanyol mendapati seorang bekas doktor berusia 85 tahun bersalah untuk mengambil bayi yang baru lahir dari ibunya di bawah pemerintahan diktator Franco tetapi tidak mensabitkan hukuman, dalam perbicaraan pertama skandal ” kecurian bayi yang dicuri”.

Mahkamah Madrid memutuskan bahawa kesalahan itu dilakukan terlalu lama dahulu untuk disabitkan hukuman.

Ia mendapati bekas doktor sakit puan Eduardo Vela bersalah mengambil Ines Madrigal, kini 49, jauh dari ibunya sebagai bayi baru lahir pada tahun 1969.

Semasa dan selepas pemerintahan diktator 1939-1975, beribu-ribu bayi telah dicuri daripada ibu mereka, dan dimaklumkan bayi mereka telah mati selepas lahir.

Bayi itu dipelihara oleh pasangan yang tidak boleh melahirkan anak, mereka dipercayai rapat dengan rejim pemerintahan, ia dilakukan dengan bantuan gereja Katolik.

Vela, yang pernah memiliki klinik, adalah orang pertama yang dibicarakan kerana didakwa terlibat dalam pemerdagangan bayi.

Pendakwa raya mahu dia dipenjara selama 11 tahun.

Dia dituduh mengambil Madrigal dari ibu biologinya dan memberikannya kepada wanita lain, yang telah diperakui secara palsu sebagai ibu yang melahirkan Madrigal.

Madrigal berharap kesnya akan membantu membuka “beribu-ribu kes yang ditutup” - walaupun dia tidak akan tahu siapa ibu sebenarnya.

“Di negara ini, seseorang yang cuba jadi Tuhan ... Tidak boleh dibiarkan bebas tanpa dihukum,” katanya pada bulan September pada akhir pendengaran kes.

Amalan mencuri bayi bermula setelah Franco berkuasa susulan perang saudara 1936-39. - AFP, 8 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen