PIHAK berkuasa Turki telah meminta kebenaran untuk menggeledah konsulat Arab Saudi di Istanbul selepas seorang wartawan terkenal hilang minggu lalu, lapor televisyen Turki.
Wartawan Jamal Kashoggi dilaporkan hilang ketika berada di bangunan konsulat tersebut.
Permintaan itu dibuat selepas kementerian luar negeri memanggil Duta Saudi buat kali kedua ekoran kehilangan penyumbang Washington Post tersebut, lapor penyiar NTV.
Bagaimanapun, Riyadh menegaskan Khashoggi telah meninggalkan konsulat tersebut sebelum dilaporkan hilang.
Namun sumber kerajaan Turki mengatakan mereka percaya beliau dibunuh ketika berada di konsulat tersebut.– AFP, 8 Oktober, 2018.
Komen