Liew utamakan pengembalian status Sabah, Sarawak


Desmond Davidson

Ini sangat penting kerana ia paling utama bagi rakyat Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan perdana Menteri Liew Vui Keong. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2018.

KEUTAMAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong kini ialah mendapat sokongan secukupnya untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini sangat penting kerana ia paling utama bagi rakyat Sabah dan Sarawak,” beliau memberitahu pemberita di Kuching hari ini selepas  mengadakan perbincangan dengan Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS).

“Kami mahu lihat semula susunan sebelum 1974,” kata Liew, merujuk kepada Perlembagaan di mana pada 1974 status dua wilayah Borneo itu diturunkan daripada rakan kongsi setara dalam Persekutuan kepada negeri yang sama dengan negeri-negeri dalam Malaya.

Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan sekarang ini menyatakan: “Negeri-negeri Persekutuan ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu”.

Liew, menteri yang menjaga hal-ehwal undang-undang berkata perkara tersebut penting kerana sebaik sahaja dipinda, beliau percaya semua perbalahan lain seperti isu minyak dan royalti, pengembalian semula autonomi akan turut selesai seperti yang sepatutnya.

“Kami perlu mulakan dengan itu (Perkara 1 (2)) dulu,” katanya.

Jelas Liew, beliau dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah ditugaskan untuk medapatkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi mendapatkan undi dua pertiga seperti yang diperlukan. – 8 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen