Ribut Michael badai Mexico, mungkin bawa taufan


Ribut tropika Michael yang membadai pada Ahad, berpotensi menjadi taufan dengan membawa gelombang angin serta hujan lebat ke Pantai Teluk Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 8 Oktober, 2018.

RIBUT tropika Michael yang membadai pada Ahad, berpotensi menjadi taufan dengan membawa gelombang angin serta hujan lebat ke Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS), kata Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC).

Ribut itu dikesan berada di 365km di barat Cuba pada 2 petang dengan kekuatan angin 65km sejam.

“Keadaan itu diramal membawa hujan lebat dan banjir kilat ke beberapa kawasan di Amerika Tengah, Cuba barat dan Semenanjung Yucatan Mexico pada Ahad dan bertukar taufan sama ada Selasa atau Rabu,” menurut kenyataan NHC.

Sementara itu, Kumpulan Komoditi Cuaca berkata pada Ahad, ribut mungkin akan melambatkan sedikit operasi di pusat pengeluaran minyak dan gas Teluk Mexico.

Sebanyak 17% minyak mentah AS dan 5% keluaran gas asli setiap hari adalah dari Teluk Mexico, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS. – Bernama, 8 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen