PETROS, syarikat minyak dan gas yang baru dibentuk milik kerajaan negeri Sarawak tidak akan menjadi “rakan kongsi” petronas milik negara, Petronas tidak seperti syarikat minyak gergasi lain.
Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata, Petros yang penubuhan rasminya dibuat kepada rakan-rakan kabinetnya pada majlis hari lahirnya yang ke-67 pada Ahad lalu, akan diberikan “status sama” sebagai Petronas.
Dengan tertubuhnya Petros, Sarawak akan memiliki pacuannya sendiri untuk bekerjasama dengan Petronas dalam perniagaan industri minyak dan gas.
“Kita perlu melindungi kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas,” katanya.
Pada majlis yang sama, Abang Johari berkata penubuhan Petros adalah berasingan daripada permintaan negeri untuk 20% royalti minyak dan gas dari Putrajaya.
Pada masa ini Sarawak hanya menerima 5% dengan Putrajaya dan Petronas dilaporkan menolak permintaan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai pengajian bahasa di Kuching, ketua menteri itu bagaimanapun enggan mendedahkan ahli lembaga syarikat baru itu.
Katanya, “untuk permulaan” ini, syarikat itu akan mempunyai lima ahli lembaga pengarah dan mereka adalah “orang Sarawak yang berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas”.
“Dan mereka bukan ahli politik.”
Sumber memberitahu The Malaysian Insight yang Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Zuraimi Sabki; Pengarah Urusan Bintulu Port Holdings Bhd Mohammad Medan Abdullah; dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd Sharbini Suhaili adalah antara pengarah Petros.
Mohammad dan Sharbini sebelum ini bersama Petronas manakala Zuraimi pernah bersama Shell.
Ketika ditanya sama ada Sharbini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Petros yang baru, Abang Johari menolak khabar angin itu dan berkata “ada orang lain yang lebih berkelayakan”.
Tambahnya, butir-butir pembentukan syarikat dan modal berbayar akan dibentangkan pada pembentangan bajet November ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How berkata, Petros harus menjadi dana kekayaan yang berdaulat yang bertanggungjawab kepada dewan perundangan.
Kata See, dana kekayaan berdaulat yang bertanggungjawab kepada dewan undangan negeri akan memastikan entiti itu mengekalkan “ciri-cirinya untuk memaksimumkan pulangan jangka panjang dari kekayaan itu (minyak dan gas) untuk generasi akan datang Sarawak, sementara pada masa yang sama mewujudkan institusi yang sangat bertanggungjawab”.
Naib Presiden PKR itu berkata ia akan menghalang dana tersebut berakhir dengan skandal kewangan, seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
See juga berkata,
See juga berkata, kerajaan negeri “mesti terlebih dahulu menegaskan dan mengambil alih kawalan ke atas pemberian kontrak perkongsian pengeluaran ke atas baki blok atau potensi bidang minyak dan gas di luar pesisir dan atas pesisir dalam sempadan wilayah Sarawak” supaya Petros berjaya. – 9 Ogos, 2017.
Komen