LEBIH 700 anggota bomba dan polis digerakkan untuk memadam kebakaran hutan di wilayah pergunungan berhampiran Lisbon hari ini, menurut pihak berkuasa, dalam insiden terbaru kebakaran di kawasan popular dengan pelancong di Portugal.
Kebakaran itu yang menyebabkan 18 termasuk sembilan tercedera, tercetus semalam di Taman Sintra-Cascais Natural dan merebak dengan cepat akibat angin kuat.
Tetamu di taman itu semakin berkurangan, susulan kebakaran yang kerap berlaku, kata agensi perlindungan awam Paulo Santos.
Kebakaran masih berlaku pagit adi dengan 47 orang dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga dari kawasan perkhemahan berhampiran.
Sintra diiktiraf sebagai taman Warisan Dunia oleh Unesco pada 1995 kerana landskap budayanya, yang menggabungkan taman dan bangunan sejak beberapa abad lalu dalam sejarah Portugis.
Pihak berkuasa meteorologi mengeluarkan amaran dalam beberapa hari lalu tentang suhu tinggi.
Portugal mengalami beberapa siri kebakaran yang menyebabkan kematian dengan kebakaran besar pada 2017 menyebabkan sejumlah besar kematian, mendorong kerajaan memperkenalkan beberapa langkah keselamatan dan melancarkan projek penanaman semula pokok di kawasan hutan. – AFP, 7 Oktober, 2018.
Komen