Gempa bumi di Haiti, 11 maut setakat ini


Gempa bumi berskala 5.9-magnitud melanda barat laut pantai Haiti hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh. – Gambar EPA, 7 Oktober, 2018.

GEMPA bumi berskala 5.9-magnitud melanda barat laut pantai Haiti hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh, mencederakan lebih 130 yang lain dan memusnahkan rumah di negara Caribbean itu, kata pihak berkuasa.

Pusat gempa itu dikesan kira-kira 19km barat laut bandar Port-de-Paix, lapor pusat penyelidikan geologi Amerika Syarikat.

Gempa yang dirasai di seluruh negara, berlaku pada 8.10 malam waktu tempatan dengan kedalaman 11.7km.

Jurucakap kerajaan Eddy Jackson Alexis berkata 11 orang dilaporkan maut setakat ini dengan tujuh di Port-de-Paix, ibu kota Haiti.

Empat lagi yang terbunuh berada di bandar Gros-Morne, kira-kira 50km ke tenggara, kata jurucakap.

Dua gegaran selepas gempa dilaporkan berlaku, kata agensi itu, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Bandar Chansolme dan pulau kecil Tortuga turut terjejas. – AFP, 7 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen