DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk melengkapkan penjualan 43 lot tanah awam, di mana sebelum ini tertangguh susulan tuduhan bahawa ia rundingan yang meragukan.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata penjualan 10 plot lain dihentikan, dan tanah itu dikembalikan kepada DBKL dengan bayaran ganti rugi kepada bakal pembeli.
“Wang itu dibayar untuk pemerolehan semula tanah itu kira-kira RM120 juta,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada satu program pagi tadi.
“Sebanyak 23 transaksi lagi sedang dirundingkan semula untuk pulangan wang. Kami akan membuat pengumuman esok.”
Penjualan 64 lot tanah itu oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini menjadi tumpuan selepas pilihan raya pada 9 Mei, yang menyaksikan perubahan dalam kerajaan. – 7 Oktober, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen