Banjir di Costa Rica, hampir 1,000 penduduk dipindahkan


Gambar fail menunjukkan penduduk Costa Rica terpaksa meredah banjir yang melanda kawasan persisiran pantai negara itu pada 2016. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2018.

HAMPIR 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas rumah yang mereka diami di tengah dan utara kawasan persisiran pantai Costa Rica dinaiki banjir.

Bencana itu tercetus selepas hujan lebat turun sejak Khamis lalu dan menyebabkan banjir, kata Presiden Suruhanjaya Kecemasan Negara (CNE) Alexander Solis

Kerajaan telah menyediakan 16 pusat perlindungan untuk 989 mangsa dan jumlah itu dijangka meningkat memandangkan hujan diramalkan berterusan sehingga Sabtu.

Media tempatan melaporkan seorang lelaki maut akibat bencana itu tetapi tiada pengesahan dibuat oleh pihak berkuasa.

Kementerian Pengangkuatan dan Kerja Raya berkata pihaknya mengarahkan anggotanya untuk membersihkan kawasan tanah runtuh yang menghalang kebanyakan kawasan di negara ini.

Negara jiran Nicaragua turut mengeluarkan amaran tahap kuning susulan hujan lebat yang berterusan di negara itu. – AFP, 6 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen