China dilanda gempa bumi 6.3 skala Richter


Gempa bumi itu berlaku berhampiran sempadan Kazakhstan, tetapi masih tiada laporan rasmi dikeluarkan. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2017.

GEMPA bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut China awal hari ini, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa itu diikuti dengan dua gempa susulan, tetapi masih tiada laporan dikeluarkan mengenai kehilangan nyawa atau kemusnahan harta benda.

Gempa itu berlaku sekitar 7.30 pagi waktu tempatan (2330 GMT) di kawasan pendalaman berhampiran sempadan Kazakhstan. Pusat titik gempa terletak 63.6 km dari timur laut Todok, China dengan kedalaman 25 kilometer.

Dua gempa bumi susulan berukuran 5.2 dan 5.3 berlaku di kawasan itu beberapa minit kemudian.

Gempa bumi itu berlaku hanya beberapa jam selepas gempa bumi kuat melanda daerah Sichuan, Selasa lepas, dikhuatiri mengorbankan lebih 100 orang.

Agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan setakat ini sembilan orang disahkan terbunuh sementara 164 yang lain cedera dalam bencana itu.

Sekurang-kurangnya lima yang terbunuh adalah pelancong yang melawat kawasan tumpuan pelancong Jiuzhaigou yang menempatkan salah satu taman negara negara itu paling terkenal yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Suruhanjaya Kawalan Bencana China menjangkakan lebih 130,000 rumah rosak di Sichuan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan analisis awal. – AFP, 9 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen