Sebuah rumah dengan bilik yang mengandungi ‘lararium,’ sebuah kuil yang dikhaskan untuk Lares, pelindung kediaman dalam tamadun purba Rom, telah ditemui di Pompeii, lapor agensi berita Itali Ansa.
Bilik itu, yang masih utuh dan memiliki lararium terbesar pernah ditemui di Pompeii setakat ini, merupakan sebuah “taman ajaib,” kata pakar.
Dindingnya dipenuhi lukisan ular, seekor merak, haiwan emas yang bertarung dengan seekor babi liar hitam, langit yang dihiasi burung, perigi, sebuah tab berwarna-warni serta potret makhluk yang sebahagian tubuhnya adalah manusia manakala sebahagian lagi anjing.
Pengarah taman arkeologi Pompeii, Massimo Osanna, memaklumkan Ansa bahawa ia adalah “sebuah bilik yang menakjubkan dan aneh,” serta perlu “dikaji dengan mendalam.” – Bernama, 5 Oktober, 2018.
Komen