SINGAPURA mendakwa sebuah sebuah agensi pekerjaan yang menyiarkan iklan untuk menjual pembantu rumah Indonesia di laman e-dagang, kata kementerian buruh republik itu.
Terdapat hampir 250,000 pembantu rumah - kebanyakannya dari Indonesia, Filipina dan Myanmar - untuk mendapatkan gaji yang jauh lebih tinggi di negara kecil tetapi kaya itu.
Syarat pemgambilan pembantu rumah di Singapura adalah ketat dan diketahui umum lebih baik berbanding negara lain seperti Malaysia atau negara Timur Tengah. Bagaimanapun, iklan yang disiarkan di pasaran dalam talian Carousell itu mencetuskan kemarahan orang ramai.
Iklan di bawah nama pengguna “maid.recruitment” itu menawarkan perkhidmatan beberapa pembantu rumah Indonesia, manakala beberapa iklan lain menyatakan jumlah pembantu yang sudah “terjual”.
Ia mencetus kemarahan di Indonesia sehingga badan NGO Migrant Care menyelarnya dengan berkata tindakan itu “tidak adil dan menjatuhkan martabat”.
Menurut kementerian buruh semalam, agensi SRC International Recruitment dan kakitangan yang bertanggungjawab menyiarkan iklan tersebut didakwa dengan 243 pertuduhan.
Lesen agensi itu juga digantung pada bulan lepas.
Kementerian juga berkata ia mengharapkan agensi pekerjaan mempunyai rasa sensitif ketika mengiklankan perkhidmatan mereka. – AFP, 5 Oktober, 2018.
Komen