China bidas dakwaan 'tak masuk akal' AS


Jurucakap kementerian luar China Hua Chunying menggesa AS perbetulkan kenyataan dan hentikan mengancam hubungan antara China-AS.– Gambar EPA, 5 Oktober, 2018

CHINA pada Jumaat menolak dakwaan Timbalan Presiden Amerika Syarikat Mike Pence yang menuduh Beijing campur tangan dalam pilihan raya AS dan menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal” dan “tidak wajar”.

“Kami menggesa AS untuk memperbetulkan salah laku, hentikan tuduhan melulu dan fitnah ke atas China dan mengancam kepentingan China dan hubungan China-AS,” kata jurucakap kementerian luar negara itu Hua Chunying dalam satu kenyataan.  – AFP, 5 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen