Kincir angin masih menyumbang kepada peningkatan suhu 


KINCIR angin yang direka sebagai alternatif kepada bahan api fosil, masih menyumbang kepada perubahan suhu berikutan cara ia mengedarkan semula haba dan kelembapan di atmosfera, menurut satu kajian yang disiarkan pada Khamis. 

Kajian Universiti Harvard mendapati membekalkan kuasa untuk seluruh Amerika Syarikat dengan kuasa angin akan meningkatkan suhu 0.54 darjah selsius di kawasan lokasi kincir berkenaan, dan 0.24 darjah selsius di seluruh benua Amerika Syarikat. 

“Angin mengatasi penggunaan arang batu terhadap mana-mana langkah alam sekitar, tetapi ia tidak bermakna impaknya boleh diabaikan,” kata pensyarah dasar awam dan kejuruteraan David Keith.

Secara perbandingan, purata suhu dunia meningkat kira-kira satu darjah sejak akhir abad ke 19. 

Kajian sebelum ini juga turut menguji kesan kincir angin terhadap perubahan cuaca. Dalam terbaharu yang disiarkan dalam jurnal Sains, memyimpulkan memenuhi kawasan gurun Sahara dengan kincir angin akan memberi kesan terhadap suhu tempatan, kadar penurunan hujan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Penyelidik Harvard berkata memasang panel solar akan memberi impak 10 kali lebih rendah berbanding kincir angin untuk kadar kuasa yang sama. 

“Impak langsung kuasa angin ini adalah pantas, manakala kelebihannya sangat prlahan,” kata Keith. 

“Dalam tempoh 10 tahun, kuasa angin ini memberi lebih banyak impak terhadap cuaca berbanding arang batu atau gas.” – AFP, 5 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen