TENTERA Israel telah mengumumkan kerahan tenaga “secara besar-besaran” sekitar Gaza bagi ‘‘mencegah keganasan dan menghalang pencerobohan ke Israel di sepanjang sempadan semenanjung itu,” lapor agensi berita Itali Ansamed.
Keputusan itu dibuat pada akhir pertemuan antara ketua turus Gadi Eisenkot dengan para pegawai tentera dan Shin Bet, yang merupakan perkhidmatan keselamatan dalaman Israel.
Pada Jumaat, satu “Perarakan Pulang” telah dirancang dan disokong oleh Hamas, di sepanjang sempadan itu.
Tentera Israel berkata ia sedia berdepan dengan ‘‘pelbagai senario.” – Bernama, 4 Oktober, 2018.
Komen