Gempa sederhana gegar tengah Myanmar


Gempa bumi sederhana berukuran 4.2 magnitud menggoncang kawasan Magway di Myanmar pada Khamis. – Gambar AFP, 4 Oktober, 2018.

GEMPA bumi sederhana berukuran 4.2 magnitud menggoncang kawasan Magway di Myanmar pada Khamis, menurut kenyataan jabatan meteorologi dan hidrologi.

Gempa berlaku pada pukul 03:03:59 waktu tempatan (20:33:59 GMT), lapor agensi berita Xinhua.

Pusat gempa di 16 kilometer barat bandar Salin dan 82 kilometer barat daya Nyaung U. Tiada kerosakan dilaporkan. – Bernama, 4 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen