SEBUAH mahkamah di Peru meluluskan permohonan plaintif supaya membatalkan pengampunan yang diberikan kepada bekas Presiden Alberto Fujimori (1990-2000).
Berikutan itu, seorang hakim mengeluarkan waran tangkap terhadap Fujimori.
Fujimori menerima pengampunan daripada bekas Presiden Pedro Pablo Kuczynski pada 24 Disember 2017, selepas berada dalam penjara selama 12 tahun.
Beliau dikenakan hukuman 25 tahun penjara kerana terbabit dalam memberikan arahan untuk dua insiden pembunuhan beramai-ramai antara tahun 1991 dan 1992.
Jun lalu sebuah mahkamah hak asasi manusia memutuskan, Peru perlu mengkaji semula pengampunan itu kerana ia dipersoalkan keluarga mangsa.
Pengampunan itu dibatalkan bulan lalu. – Bernama, 4 Oktober, 2018
Komen