Shafee kesal dengan kebocoran maklumat pendakwaan Rosmah


Christopher Rabin

Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata, peguam yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tidak tahu mengenai pendakwaan namun media terlebih dahulu menyiarkan laporan mengenainya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2018

PEGUAM Muhammad Shafee Abdullah hari ini membantah “kebocoran” maklumat Rosmah Mansor dan Najib Razak kepada media, menyatakan ia tidak adil. 

Beliau berkata, peguam pasangan itu sendiri tidak tahu pendakwaan yang akan dihadapi anak guam mereka dengan atau berapa banyak pendakwaan yang akan dikenakan ke atas mereka, namun media boleh mendapatkan maklumat itu terlebih dahulu. 

“Seperti laporan berita hari ini (yang Rosmah akan berdepan) 17 pendakwaan. Kami tidak tahu. 

“Siapa yang bocorkan maklumat ini untuk prejudis terhadap anak guam kami?” kata Shafee kepada pemberita di luar mahkamah.

Menurut Shafee, peranan beliau sebagai peguam adalah sebagai “equaliser” terhadap kebocoran kepada media.

“Saya bukannya mahu cari publisiti, saya di sini sebagai ‘equaliser’. Berita yang diberi kepada anda itu tidak adil.”

Jelas Shafee, beliau mewakili Najib sementara satu lagi pasukan peguam mewakili Rosmah.

Shafee berada di mahkamah hari ini bagi pengurusan kes terhadap Najib berhubung RM42 juta yang diterima dari SRC International ke dalam akaunnya.   – 4 Oktober, 2018

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen