HAKIM tidak boleh menolak keterangan seorang wanita hanya kerana beliau memakai tudung, mahkamah di Kanada memutuskannya pada Rabu.
Seseorang warganegara boleh memakai pakaian mengikut agama masing-masing di dalam bilik mahkamah selagi “kepercayaan agama mereka ikhlas” dan tidak “bertentangan dengan hak Perlembagaan orang lain”, Mahkamah Rayuan Quebec memutuskan sebulat suara.
Pemastautin Montreal, Rania El-Alloul, beragama Islam diusir dari mahkamah pada 2015 kerana memakai tudung.
Hakim Eliana Marengo dari Mahkamah Quebec berkata setiap individu perlu “berpakaian sewajarnya”, dan membandingkan tudung El-Alloul dengan “topi atau kacamata hitam”.
Tetapi Marengo tidak mengambil kira hak El-Alloul mengikut “ekspresi agama”, putus tiga hakim mahkamah rayuan. – AFP, 4 Oktober, 2018.
Komen