MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) melanjutkan tempoh kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan kapal yang disyaki memyeludup pendatang haram di perairan Libya antara Afrika dan Eropah oleh negara ahli selama setahun.
Dicadangkan oleh Britain, resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh 15 negara ahli majlis berkenaan.
Ia “menyelar semua tindakan menyeludup pendatang haram dan pemerdagangan manusia ke, melalui dan dari wilayah Libya dan perairan Libya, yang melemahkan proses kestabilan di negara itu serta mengancam nyawa ratusan ribu orang.”
Rundingan itu membawa kepada pertikaian dengan Amerika Syarikat, yang mahu meminda teks draf dan membuang beberapa perenggan terhadap penyeludupan pendatang haram yang disifatkan terlalu permisif kepada pendatang haram, kata diplomat.
Terbabit dalam pergolakan berikutan kejatuhan diktator Muammar Gaddafi pada 2011, Libya menjadi lokasi transit utama bagi pendatang haram dari negara Afrika yang menempuh perjalanan bahaya untuk ke Eropah.
Penyeludup manusia mengambil kesempatan dengan pergolakan itu, meletakkan pendatang haram Afrika yang mahu ke Eropah dalam risik yang tinggi.
Kebanyakan pendatang ini dipintas dan diselamatkan di laut, menyebabkan mereka ditahan dan diletakkan ditempatkan di pusat tahanan yang berkeadaan daif. – AFP, 4 Oktober, 2018
Komen