6 anggota bomba lemas di Puchong


Jurucakap pusat pengurusan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mereka yang lemas adalah pegawai bomba dari pasukan penyelamat di air. – Gambar Facebook, 3 Oktober, 2018.

ENAM anggota bomba mati lemas ketika terlibat dalam operasi dan menyelamat seorang remaja lelaki yang jatuh di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong awal malam tadi, lapor Bernama.

Jurucakap pusat pengurusan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mereka yang lemas adalah pegawai bomba dari pasukan penyelamat di air.

Menurut jurucakap bomba, semua pegawai penyelamat itu sempat diberikan bantuan kecemasan tetapi gagal diselamatkan.

Mangsa yang dicari itu, remaja berumur 17, sehingga berita ini ditulis masih belum ditemui.

Laporan awal menyebut pihak bomba tiba di lombong berkenaan lebih kurang pukul 5.50 petang selepas mendapat panggilan orang awam yang memaklumkan kejadian.

Pasukan bomba yang terlibat terdiri daripada anggota dari Balai Bomba Penyelamat Cyberjaya, Shah Alam dan Pelabuhan Klang. – 3 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen