KIRA-KIRA 1,600 mangsa yang terselamat daripada bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan sebuah kapal perang tentera laut Indonesia hari ini.
Usaha itu sekali gus memberi nafas baharu kepada kesemua mangsa tersebut selepas menempuh hari yang sukar dengan kekurangan bekalan makanan dan kesedihan selama lima hari.
Kapal KRI Makassar berlabuh di bandar itu untuk mengambil keluarga, golongan tua dan kanak-kanak ke Makassar di selatan pulau tersebut.
Kapal itu juga membawa bantuan kemanusiaan yang akan diedarkan di Sulawesi Tengah terutamanya di Palu dan Donggala, kata komander tentera laut di Palu, Tommy Herlambang.
Kira-kira 200,000 mangsa gempa dan tsunami masih memerlukan bantuan segera susulan dua bencana itu melanda Palu, menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh. – AFP, 3 Oktober, 2018.
Komen