POLIS Turki pada Rabu menahan 42 pendatang haram rakyat Pakistan yang berada di dalam sebuah lori kecil di pusat bandar Istanbul, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.
Menurut laporan akhbar Milliyet Daily, polis bertindak atas maklumat orang awam dan merampas lori terbabit yang digunakan untuk mengangkut pendatang terbabit di sebuah jalan dalam daerah Bagcilar.
Pemandu lori bagaimanapun berjaya meloloskan diri.
Dalam insiden berasingan pada Isnin, pasukan keselamatan menahan 140 pendatang haram termasuk rakyat Pakistan dan Afghanistan, di sebuah rumah di timur wilayah Van. – Bernama, 3 Oktober, 2018.
Komen