Tiga maut terjatuh telaga semasa ritual Hindu


Kematian dan kecederaan adalah perkara biasa semasa perayaan agama di India.– Gambar AFP, 3 Oktober, 2018.

TIGA orang maut selepas jatuh ke dalam sebuah telaga semasa upacara Hindu di Mumbai, kata pihak berkuasa di bandar India hari ini.

Para korban - dua wanita dan seorang anak - adalah di antara para penganut Hindu yang melakukan ritual Selasa malam di atas telaga 30 kaki (sembilan meter) mereka kemudian jatuh ke dalam telaga itu dan disahkan mati, kata seorang pegawai pengurusan bencana.

“Sekitar 14 wanita terjatuh ke dalam telaga itu  ketika besi yang mereka duduk terhempas,” kata Tanaji Kamble, jurucakap jabatan pengurusan bencana Mumbai kepada pemberita.

Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan kru kecemasan mengepam air dari dalam telaga yang luas dan keruh.

Sebelas wanita diselamatkan, dengan lima dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kepada kecederaan yang berlaku ekoran kejadian itu, kata Kamble.

Kematian dan kecederaan adalah perkara biasa semasa perayaan agama India.

Tahun lepas, enam wanita terbunuh kerana dipijak di festival Hindu yang terletak bahagian barat Bengal.

Pada tahun 2016, dua belas penganut HIndu meninggal dunia dalam sebuah runtuhan kota suci Varanasi di Sungai Gangga.– AFP, 3 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen