AKTRES China, Fan Bingbing diarahkan membayar denda jutaan yuan, kerana didapati bersalah mengelak membayar cukai, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
Pentadbiran Cukai Negara dan Perkhidmatan Cukai Wilayah Jiangsu berkata, kes artis itu mula disiasat pada awal Jun, selepas menerima maklumat beliau cuba mengelak cukai dengan menipu kontrak.
Lapor agensi berita Xinhua, hasil siasatan mendapati beliau mengelak cukai kira-kira 7.3 juta yuan (RM4.28 juta), hasil pendapatan lakonannya dalam filem ‘The Bombing’.
Fan dan syarikat mewakilinya mempunyai tunggakan cukai berjumlah 248 juta yuan (RM149 juta), sebanyak 134 juta yuan (RM80 juta) tidak dibayar.
Denda dikeluarkan secara rasmi pada 30 September.
Fan, pertama kali didenda atas kesalahan itu dan tidak akan didakwa atas kesalahan jenayah jika beliau membayar cukai dan denda dalam masa ditetapkan. – Bernama, 3 Oktober, 2018.
Komen