51 cedera akibat taufan Noru di Jepun


TAUFAN Noru yang membawa hujan lebat melanda Jepun menyebabkan banjir dan kemusnahan harta benda  serta jumlah kecederaan dilaporkan meningkat ke 51, sebelum menuju ke arah laut.

Selepas melanda kawasan barat negara itu sehari sebelumnya, ribut berkenaan membawa angin berkelajuan 108 kilometer sejam merentas pulau besar Honshu.

Taufan itu berada 40 kilometer pesisir pantai utara Niigata dan bergerak perlahan ke arah timur laut, kata agensi meteorologi Jepun. Kejadian ribut itu menyebabkan dua orang terbunuh di pulau terpencil berkenaan pada Sabtu.

Stesen televisyen NHK melaporkan jumlah kecederaan berkaitan kejadian ribut itu meningkat ke 51 orang .

Tinjauan udara menunjukkan limpahan sungai membanjiri kawasan barat Shiga, menenggelamkan rumah, jalan raya dan sawah padi.

Pada Sabtu, seorang lelaki berusia 60 tahun mati selepas terjatuh akibat angin kencang di selatan pulau Yakushima.

Manakala seorang lagi warga emas dilaporkan lemas di pulau Tanegashima selepas tergelincir ke dalam air ketika memeriksa botnya. – AFP, 8 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen