Amerika sekat visa pasangan diplomat gay


Amerika Syarikat menyekat visa pasangan bagi lebih 100 diplomat gay, kecuali bagi mereka yang sudah berkahwin, kata pihak berkuasa. – Gambar EPA, 3 Oktober, 2018.

AMERIKA Syarikat (AS) menyekat visa pasangan bagi lebih 100 diplomat gay, kecuali bagi mereka yang sudah berkahwin, kata pihak berkuasa.

Langkah itu dilaksanakan selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menarik balik perlindungan terhadap masyarakat LGBT, walaupun pihak berkuasa keputusan itu dibuat atas dorongan timbal balik perundangan, bukannya agenda anti gay.

Di bawah garis panduan baharu, diplomat tanpa mengira orientasi seksual akan perlu berkahwin sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan pasangan mereka menerima visa.

Di bawah dasar terdahulu yang dilaksanakan oleh bekas setiausaha negara Hillary Clinton, AS mengeluarkan visa untuk pasangan sama jantina tanpa mengira status perkahwinan mereka.

Kira-kira 105 keluarga terjejas daripada keputusan itu, di mana 55 daripadanya dihantar bertugas di organisasi berpangkalan di AS seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kata pegawai Jabatan Dalam Negeri.

Diplomat masih boleh mendapatkan visa untuk pasangan mereka jika berkahwin, termasuk jika mereka berkahwin di AS.

Bekas duta AS ke PBB Samantha Power menyelar tindakan pentadbiran Trump itu sebagai kejam dan taksub.

Beliau berkata hanya 12% negara anggota PBB yang membenarkan perkahwinan sama jantina. – AFP, 3 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen