Iran ikrar perangi pengganas


Iran melepaskan enam peluru berpandu permukaan ke udara dan tujuh dron digunakan bagi membalas serangan pengganas di Syria. – Gambar EPA, 2 Oktober, 2018.

OPERASI peluru berpandu dan dron di Syria merupakan serangan balas fasa pertama Tehran terhadap kumpulan pengganas yang menjadikan majlis perarakan tentera Iran sebagai sasaran serangan, kata seorang komander Iran pada Selasa.

“Terdapat serangan fasa lain nanti,” kata Ketua Angkatan Bersenjata Iran Mejar Jeneral Mohammad Baqeri.

Menurut agensi berita Xinhua, serangan itu membuktikan keselamatan negara menjadi keutamaan, katanya.

Pada Isnin, Pengawal Revolusi Islam Iran mengatakan enam peluru berpandu permukaan ke udara dan tujuh dron digunakan dalam serangan itu.

Ia sebagai tindakan balas terhadap serangan pengganas pada 22 September lalu di bandar raya Ahvaz, barat daya Iran, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 25 rakyat Iran terkorban dan puluhan lagi cedera. – Bernama, 2 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen