BEKAS pemimpin parti komunis Vietnam, Do Muoi seorang revolusioner yang melarikan diri dari penjara Perancis, meninggal dunia semalam pada usia 101 tahun.
Selepas melarikan diri dari penjara, Muoi kemudian mengetuai desakan kontroversi untuk memecahkan perniagaan swasta selepas perang Vietnam.
Muoi, yang menjadi ahli parti hampir 80 tahun, meninggal dunia di hospital tentera di Hanoi selepas sekian lama sakit, kata kerajaan dan media tempatan.
“Komrad Do Muoi banyak memberi sumbangan untuk perjuangan revolusi parti dan negara ini,” kata agensi berita Vietnam.
Lahir di Hanoi pada 1917, Muoi menyertai revolusi komunis Ho Chi Minh pada usia 19 tahun, bersemangat untuk menghalau penjajah Perancis di Vietnam dan mereka berjaya melakukannya pada 1954.
Aktiviti revolusinya menyebabkan beliau dipenjarakan di Hoa Lo pada 1941. Muoi melarikan diri empat tahun kemudian dari penjara menerusi longkang.
Mendiang dijangka akan diberikan pengebumian negara.
Pada 21 September, Presiden Vietnam Tran Dai Quang meninggal dunia di Hanoi pada 21 September pada usia 61 tahun. - AFP, 2 Oktober, 2018.
Komen