Kit Siang temui 'Diaspora Malaysia Baharu' di Australia, New Zealand


Dewan penuh dengan rakyat Malaysia yang menetap di Australia, datang menghadiri perhimpunan diaspora Malaysia baharu di Melbourne. – Gambar The Malaysian Insight, 2 Oktober, 2018.

“BIAR mereka masuk,” kata Lim Kit Siang di dalam bilik yang penuh di Melbourne Multicultural Hub, ketika lawatannya dalam rangka kerja 12 hari di negara itu bulan lalu.

“Kita semua rakyat Malaysia, kan?,” kata ahli politik veteran itu, merujuk kepada ruang itu cukup untuk semua, kira-kira 350 orang pada masa itu.

Ini suasana ketika lawatan di Australia dan New Zealand di mana sejumlah besar rakyat Malaysia tinggal di luar negara, di seluruh dunia.

“Lawatan 12 hari saya, sangat berjaya dalam mempromosikan perjuangan dan peranan rakyat Malaysia dalam memberi sumbangan dan turut serta dalam membina Malaysia baharu,” katanya ketika pulang ke tanah air pada Ahad.

“Tidak pernah dalam pembangunan diaspora rakyat Malaysia, ada rakyat kita di luar negara yang begitu bangga dengan peralihan kuasa yang aman dan demokratik pada 9 Mei, sama seperti rakyat di tanah air, dengan kuasa rakyat akhirnya membawakan Malaysia yang lebih baik.”

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memulakan lawatannya pada 18 September di Perth, sebelum ke Canberra, Sydney dan Melbourne pada 22 September, membawa rangka penubuhan Global Bersih di setiap bandar.

Lim, 77, ditemani setiausaha politiknya, Syahredzan Johan, bergilir dengan Ahli Parlimen kali pertama, Wong Shu Qi, 35, mewakili Pakatan Harapan, menyampaikan maklumat terkini perkembangan selepas 9 Mei, kepada rakyat di luar negara.

Dari Melbourne, Lim mengetuai pasukan pemimpin mudanya ke New Zealand, menerusi diaspora di Christchurch, Dunedin, Wellington dan Auckland.

“Sudah tiba masanya untuk penubuhan gerakan sivil Malaysia baharu, di Malaysia dan juga diaspora rakyat Malaysia seluruh dunia, di mana ia boleh dipanggil sebagai Diaspora Malaysia Baharu,” kata Lim. – 2 Oktober, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen