Dua gempa landa kepulauan Sumba


Gempa bumi dan tsunami yang melanda kepulauan Sulawesi Jumaat lalu menyebabkan lebih 800 orang terbunuh. – Gambar EPA, 2 Oktober, 2018

DUA gempa susulan direkodkan di perairan kepulauan Sumba Indonesia pada pagi Selasa, menurut Pemerhati Geologi Amerika Syarikat.

Gempa berukuran sederhana pada 5.9 magnitud itu melanda di 2359 GMT, kira-kira 40 kilometer dari perairan Sumba, kepulauan yang menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 750,000 penduduk. 

Ia disusuli dengan gempa kedua kira-kira 15 minit kemudian berukuran 6.0 magnitud di kawasan yang sama pada kedalaman 30 kilometer. 

Sumba terletak kira-kira 1,600 kilometer dari kepulauan Sulawesi yang dilanda gempa dan tsunami pada Jumaat, menyebabkan lebih 800 orang terbunuh. – AFP, 2 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen