LAPAN nelayan hilang selepas bot dinaiki tenggelam di laut berhampiran Wilayah Zhejiang timur China pada malam Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Menurut pusat mencari dan menyelamat maritim wilayah, bot itu tenggelam kira-kira 70 batu laut timur laut dari daerah Xiangshan.
Sehingga pukul 2 petang waktu tempatan pada Isnin, kesemua mangsa masih belum ditemui.
Operasi mencari dan menyelamat bermula sebaik pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2 pagi.
Sebanyak lima bot pihak berkuasa dan sebuah helikopter serta lebih 20 bot nelayan berdekatan turut terbabit menyertai operasi tersebut. – Bernama, 1 Oktober, 2018.
Komen