PERANCIS bersedia untuk menawarkan bantuan kepada Indonesia yang dilanda gempa bumi kuat dan tsunami pada Jumaat, menyaksikan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda, lapor Xinhua.
Presidennya Emmanuel Macron berkata pada Ahad, pihaknya bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada Indonesia yang kini berdepan kesulitan akibat bencana tersebut.
“Saya juga mengucapkan takziah kepada negara dan rakyat Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.
Gempa bumi bermagnitud 7.4 pada skala Richter itu menggoncang Sulawesi Tengah pada 5.02 petang, turut menyebabkan tsunami setinggi tiga meter di pantai Palu.
Berdasarkan kenyataan Kementerian Luar Perancis yang dikeluarkan pada Sabtu tiada rakyat Perancis terbabit dalam bencana itu.
Bagaimanapun, laporan media mengatakan tiga rakyat Perancis dilaporkan hilang. – Bernama, 1 Oktober, 2018.
Komen